FELDA GLOBAL VENTURES mengingkari PRESIDEN INDONESIA dan BADAN RESTORASI GAMBUT

0
297
FELDA GLOBAL VENTURES mengingkari PRESIDEN INDONESIA dan BADAN RESTORASI GAMBUT

Bukti baru telah muncul menunujukkan perniagaan perladangan yang berpangkalan di Malaysia, Felda Global Ventures (FGV) (USD 1.7 bilion modal pasaran), masih meneruskan aktivti membersihkan hutan gambut, bertentangan dengan dasar dan piawaian industri , di perladangan PT Temila Agro Abadi (PT TAA) di Kalimantan Barat, Indonesia.

 

Presiden Jokowi mengesahkan undang-undang dasar beliau untuk perlindungan tanah gambut  apabila menandatangani Peraturan Pemerintah No. 57 pada 2 Disember 2016. Peraturan itu, yang dikenali sebagai ‘PP Gambut,’ meminda peraturan yang lebih awal (No. 71/2014) mengenai perlindungan dan pengurusan ekosistem tanah gambut. Peraturan baru mengisytiharkan pengharaman ke atas semua pembangunan tanah gambut baru di Indonesia sehingga pelan tindakan yang bersesuaian. Kegagalan untuk mematuhi arahan boleh menyebabkan sekatan pentadbiran mengikut artikel 40 ayat (3) iaitu peraturan yang lebih awal. Sekatan-sekatan ini termasuk:

  • Pesanan berhenti kerja
  • Pembatalan permit
  • Penggantungan permit
  • Keperluan untuk memulihkan tanah

Dalam satu mesyuarat antara pusat penyelidikan Aidenvironment dan FGV berserta penasihat di Jakarta pada 22 April, 2017 ,Aidenvironment mencadangkan bahawa FGV menghentikan segera segala kerja berikutan  arahan Presiden Jokowi ,dasar pembelian korporat FGV, piawaian RSPO dan Dasar “Sustainability” Kumpulan FGV.

Penasihat undang-undang FGV mengulas bahawa moratorium gambut Presiden Jokowi tidak boleh diimplikasikan kepada FGV kerana kerajaan itu sebelum ini telah mengeluarkan permit untuk membersihkan gambut. Pelanggaran undang-undang Indonesia boleh menyebabkan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan untuk memulakan siasatan, seperti dalam kes-kes sebelum ini.

Penglibatan FGV dalam isu ini boleh menjejaskan kontrak yang sedia ada berikutan ramai pembeli minyak sawit yang tidak ingin berurusan dengan syarikat yang tidak menepati piawaian RSPO dan ISPO. Dalam isu ini FGV tidak menepati prosedurnya sendiri dimana badan tertinggi FGV telah menetapkan komitment kepada piawaian RSPO.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here